PENDAFTARAN AHLI ILMAN
Pertubuhan ini ialah sebuah platform jaringan yang mengumpulkan para ilmuwan, cendekiawan, pemikir, mahasiswa lepasan ijazah serta cerdik pandai berlatar belakangkan bidang Pengajian Islam untuk beraktivisma dalam bidang keilmuwan Islam dan pendidikan masyarakat. 

ILMAN telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di bawah kategori pertubuhan sosial serta sub-kategori pertubuhan pendidikan. ILMAN yang merupakan pertubuhan bertaraf nasional yang tidak bercawangan mendapat kelulusan pendaftaran pada 30 Jun 2021 (PPM-016-10-30062021). 

Matlamat penubuhan ILMAN dirumuskan dalam tiga perkara berikut:
1) Mendidik masyarakat dengan kefahaman Islam yang progresif dan sederhana.
2) Menjadi hub penyelidikan serta menghasilkan bahan-bahan rujukan berkaitan isu-isu masyarakat dan kenegaraan.
3) Mewujudkan jaringan strategik dengan masyarakat sivil serta organisasi penyelidikan. 

Oleh yang demikian, Jawatankuasa Penaja ILMAN amat berbesar hati mempersilakan semua warga Malaysia yang berlatarbelakangkan bidang pengajian Islam yang berminat untuk menyumbang tenaga, fikiran dan masa untuk turut serta mendaftarkan diri sebagai sebahagian aktivis ILMAN.


PENDAFTARAN AHLI



1. Sila klik dan isi borang keahlian di bawah:

Link borang keahlian:
https://forms.gle/WWiA9tC3ak4KY9Ru9
(wajib diisi oleh semua bakal ahli ILMAN)

2. Yuran keahlian:

Pendaftaran : RM5
Tahunan : RM15
Seumur hidup : RM50

(pembayaran boleh dibuat melalui onpay dibawah selepas melengkapkan borang keahlian Google Form diatas)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Pendaftaran (RM5) + yuran seumur hidup (RM50)
Pendaftaran (RM5) + yuran tahunan (RM15)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN